Jumaat, 9 Disember 2011

Peta ke tapak perkhemahan KERIS 2011


View Larger Map

1. Head east on Jalan Kelang Lama toward Lorong Putra 2/8 290 m
2. Take the 1st left onto Jalan Putra 1 23 m
3. Turn right onto Jalan Serdang 450 m
4. Take the 2nd left onto K115 17.4 km
5. Turn left onto K166 5.3 km
6. Turn left to stay on K166 1.5 km Tree Top Walk Kampung Sedim Karangan, Kedah Kedah, 09000

Sepanduk program akan digantung berhampiran dengan kawasan perkhemahan. Sebarang pertanyaan perjalanan sila berhubung dengan En. Budiyanto bin Unggun di talian 019-5235592.

Sepanjang masuk jalan ke Tree Top Walk akan bertemu dengan papan tanda berwarna coklat di sebelah kiri bertulis Kawasan Perkelahan Lubuk Jong 500m. Masuk ikut papan tanda tersebut. Insya Allah bertemu dengan tapak perkhemahan KERIS 2011.

Selasa, 6 Disember 2011

Maklumat KERIS 2011

Berikut ialah barang-barang yang perlu dibawa ke Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS 2011):

1. Pakaian sukan untuk tiga hari
2. Pakaian solat
3. Pakaian dan alatan mandi
4. Alat tulis dan buku nota
5. Al-quran
6. Ubat-ubatan bagi yang ada penyakit peribadi
7. Kasut sukan

Bahan Makanan

1. Roti Gardenia 1 bantal
2. Telur ayam 3 biji
3. Beras 1 pot
4. Sardin 1 tin kecil
5. Air mineral secukupnya

Barang-barang tidak digalakkan
1. Telefon bimbit
2. Barang kemas
3. Kamera
4. Duit dalam kuantiti yang banyak

Jika peserta membawa barang-barang di atas, segala risiko kehilangan adalah tanggugjawab peserta sendiri. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan.

Barang-barang dilarang
1. Pakaian yang tidak menepati ciri-ciri Islam
2. Rokok
3. Barang-barang tajam dan merbahaya seperti pisau, pemetik api dan sebagainya.
4. Alat kosmetik kecuali bedak


Sesiapa yang belum mengesahkan pengangkutan ke sana sila hubungi Puan Salini bt Suid 019-5629606 selewat-lewatnya pada hari Rabu, 7 Disember 2011.

Semua peserta yang pergi menaiki bas penganjur, sila berkumpul di Masjid At-Taqwa, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum 8.30 pagi. Bas akan bertolak ke Sedim pada 10 Disember, Sabtu, jam 8.30 pagi. 

Sarapan pagi pada 10 Disember tidak disediakan. Mohon semua peserta bersarapan sebelum bertolak.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Rabu, 23 November 2011

66 remaja sudah mendaftar KERIS 2011

Kepala Batas - 66 remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun telah mendaftar penyertaan mereka dalam  program Kem Eksplorasi Remaja Islam 2011 (KERIS 2011).

Pihak penganjur masih lagi membuka pendaftaran sehingga 25 November ini. Bagi mereka yang ingin mendaftar, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Puan Salini bt Suid di talian 019-5629606.

Antara aktiviti menarik yang akan dilaksanakan ialah survival, dakwah masyarakat dan kembara iman. Para peserta juga akan diberi pendedahan memasak di hutan.

Program yang dianjurkan oleh KRIM Kepala Batas, Pulau Pinang ini merupakan kali kedua setelah kejayaan penganjuran pertamanya pada tahun 2010.

Jumaat, 18 November 2011

Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS)


Kem Eksplorasi Remaja Islam

Tarikh: 
10-12 Disember 2011

Tempat:
Kem Rekreasi Sungai Sedim

Aktiviti-aktiviti Menarik:
Berkhemah, Memasak Di Hutan, Kembara Alam,
Qiamullail, Solat Jemaah, Ceramah Agama,
Dakwah Masyarakat dan pelbagai lagi

Yuran Penyertaan:
RM80 (PERCUMA sehelai baju)

Yuran Bas:
RM15 - Dua hala
RM10 - Sehala

Daftar:

SMS 
<KERIS 2011> <Nama Penuh> <No Kad Pengenalan> 
<No Telefon> <Sekolah> <Saiz Baju> <Bas @ Sendiri>
hantar ke 019-5629606

Online
Klik Borang Penyertaan

Tarikh tutup:
25 November 2011

Ahad, 31 Julai 2011

Remaja & Ramadhan (RnR)


Remaja & Ramadhan

Tarikh: 
13 hingga 14 Ogos 2011

Hari: 
Sabtu hingga Ahad

Masa: 
8.30 pagi (Sabtu) hingga 11.30 pagi (Ahad)

Tempat: 
Masjid At-Taqwa, Bertam Indah

Yuran: 
RM10

Aktiviti: 
Tadarus Al-Quran, Forum Ramadhan, Lailatul Qadar Hunt, Solat Jamaah, Tarawih, Sahur, Iftar

Hubungi Kak Azizah 013-4857893 atau 

isi borang pendaftaran di sini

Semua remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun dijemput menyertainya.

Sabtu, 21 Mei 2011

Muslim Youth Futsal Challenge (MYFC)


Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Kepala Batas akan mengadakan pertandingan futsal pada 11 Jun 2011. Pertandingan yang diberi nama Muslim Youth Futsal Challenge ini akan berlangsung di gelanggang futsal Best Bola-bola, Mak Mandin. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bawah 15 Tahun dan Bawah 17 Tahun. Yuran bagi setiap pasukan ialah RM100.

Hadiah wang tunai sebanyak RM300 beserta pingat akan menjadi milik juara MYFC. Manakala tempat kedua akan mendapat RM200 dan pingat. Tempat ketiga pula akan menerima RM100 dan pingat. KRIM mensasarkan bagi mendapatkan 20 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Bagi yang berminat menyertainya, sila berhubung terus dengan Saudara Mohd Syazwan di talian 013-9909355.

Selasa, 26 April 2011

KRIM Kepala Batas Berjaya Kendali Kursus Kepimpinan

Permatang Pasir - Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kepala Batas telah berjaya mengendalikan Kursus Kepimpinan di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir.

Kursus yang diadakan pada 23 - 24 April lalu dihadiri oleh 82 pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah dan ketua tingkatan. 

Objektif utama penganjuran kursus ini ialah membina keyakinan peserta dalam aspek pengucapan awam.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah Ciri-Ciri Pemimpin, Teknik Pengucapan Awam, Bengkel dan Latihan Teknik Pengucapan Awam. Pada hari terakhir sebahagian peserta telah diuji untuk berucap di hadapan semua peserta. Setiap peserta akan diberi komentar oleh barisan juri daripada AJK KRIM.

Kursus telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir.